NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, February 2, 2012

MACAM MACAM HAL

Assalamualaikum .. 

Aku ada cerita nak share . Cerita ni tak best pun . Klise pun ada . Cuma ini first time berlaku terhadap orang yang dekat dengan aku . So aku rasa better aku share rasa , dan peringatan untuk Future-Me jugak . generally , ianya lebih kepada Perempuan . bukan prejudice atau gender bias ke apa , tapi ini hakikat . yang pahit untuk diterima , kelat untuk di telan . chewah berbunga bunga bahasa aku . gaya seorang Kaunselor dah aku ni . 


Adalah kawan terdekat , kahwin muda . kahwin dalam umur sangat muda . lepas SPM , tak sambung belajar . terus kahwin . time SPM tu , jarang dah pergi sekolah . hanyut dengan dunia remaja dia yang entah apa apa . kenal seorang lelaki , sebaya je . tak belajar jugak . kerja pun tidak . hidup bawah ketiak mak , mak bagi makan , mak bagi minum , mak sediakan segalanya . mak bukan orang senang . orang susah . cari makan dengan cara pergi rumah orang lipat baju , bersih rumah . itu sahaja . zalim punya anak lelaki . dasar pemalas tahap batu . 


sedar tak sedar , kahwin . mak taknak anak terus berada dalam dosa . couple pun hidup dah macam laki bini . bersama 24 hours . si perempuan duduk di rumah si lelaki . macam tak ada rumah sendiri . entah apa ada dalam kepala . kahwin pun , mak tanggung . mak ni ibu tunggal . takde suami . si anak lelaki ni pemalas nak kerja . harapkan isteri . isteri ni pun , kerja apa sangat lah boleh buat . pelajaran takde . orang pun tak berapa yakin nak bagi kerja . kerja mydin taknak , memilih .  dalam susah hidup , anak selalu proses . ada 4 anak . macam buat kuih je buat anak . lepas sorang sorang . yer , anak itu rezeki . tapi kena cari punca nak besarkan anak yang bakal bagi rezeki dekat kita bila tua esok lusa . kalau anak pun terbiar , macam mana nanti ? 


anak anak 4 orang , umur sebaya . hidup susah . si ibu lagi susah nak pergi kerja . takde orang jaga anak . si bapa , gila . buat hal . siap tak mengaku anak . dah sah sah keluar hasil dari sperma kau . takde otak , sesuka hati nak kata itu bukan anak dia . nak pergi daftar anak pun taknak . kau bapak jenis ape ? kerja malas ! otak dekat lutut ! dalam dalam macam tu , cari perempuan lain . jenis lebih kurang dengan si bini . cuma lagi teruk . yela si bapak suka lah perempuan yang mudah makan macam ni . perempuan ni adoi kenapa  , kenapa , kenapa ? kenapa kau suka dekat lelaki macam tu ? kau takde otak jugak ? kau kerja , kau siap bagi duit dekat dia . sedangkan dia bukan siapa siapa dengan kau . kalau lah aku ni mak kau , dah lama aku bagi anai anai makan otak kau . bodoh sangat . 


so , bila dah dekat setahun macam ni , si isteri mintak cerai . well , si suami cerai je lah dengan tanpa rasa belas kasihan . yela bukan dia kisah pun . tapi talak tak jatuh since perempuan ni mengandung lagi time tu . okay perempuan ni kena rogol ke apa . suami kau curang , then kau boleh ada hati mengandungkan anak dia lagi ? dan dia sah sah tak terima pun anak tu . kenapa ? kenapa ? okay terlebih emosi . geram gila kot . panjang gila kan post kali ni ? sabar ok . ada lagi sambungan nie . 


dipendekkan cerita , dah settle cerai semua . si isteri ni pulak jadi liar macam si suami . bercinta dengan suami orang . ke hulu ke hilir . bahagia nampaknya mereka . macam burung pipit berkicauan . hari hari bersama . hari hari meniti titian cinta . tak peduli apa pandangan orang . hmmm isteri si kekasih hati ini tidak tau mungkin perihal mereka . namun langit tidak selalu nya cerah .


suatu hari , si isteri ni refer kepada kawan aku tadi ok . lemah lesu . muntah muntah . demam . rupa rupanya dah terlanjur dengan suami orang . kat sini satu hal jugak . kenapa bodoh sangat ? dah ada anak 4 . confirm tahu langkah berjaga jaga . dah tu kenapa benak ubi sangat ni . lepas dah kembung perut macam belon nak pecah , baru nak menyesal , baru nak fikir macam mana nak buat , baru nak gelabah fikir pandangan orang . siap ada plan nak buang . dah kau tak kenal dosa pahala . then nak tambah dosa lagi nak buang anak yang tak berdosa . 


tapi itu lah . budak tak berdosa . tuhan tolong dia . ramai mintak budak tu dengan kawan aku ni . ada yang nak bagi duit , nak beli budak tu . sanggup semata mata nak kan anak tu . hmmm . aku tak contact dah dengan dia . so aku tak tau sambungan cerita dia . apa apa pun , aku nak nasihatkan semua , hati hati lah . jangan fikir jiwa muda sangat lah . ingat batas batas nya . nak kahwin muda pun , hati hati . biar salah seorang dari pasangan , yang dah kerja , ada income . kalau boleh , si perempuan pun , biar ada income sendiri . so bila suami buat dajal , kita tahu mana nak escape . tidak lah sebuta tuli ikut kehendak suami yang tak berapa tu . 




mengandung mengandung jugak 
jangan sampai anak jadi



MACAM NI !! 
















1 comment:

Afasz said...

hmmmm.....ada baik buruk nye kawin muda ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...